Wednesday, February 13, 2008

SENAM SENI 2008

Menarik juga acara ini...

MAJLIS PELANCARAN SENAM SENI MALAYSIA TAHUN 2008

LATARBELAKANG
Aktiviti kecergasan senamrobik amat digemari oleh masyarakat sekarang untuk meningkatkan tahap kecergasan tidak kira tua atau muda. Kebanyakan pergerakan kecergasan dengan menggunakan muzik rancak atau sebaliknya untuk menjadikan kecergasan lebih bersemangat dan kreatif.

Oleh yang demikian, bertitik tolak daripada acara Senam Seni yg diadakan di LAMAN
SENI KL (LSKL) pada tahun 2005 & 2006 maka JKKN mengambil inisiatif untuk
membentuk gerakan Senam Seni Malaysia.

Dalam mencari kelainan kepada aktiviti kecergasan senaman berirama ini, Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia telah mengambil inisiatif menggunakan tarian-tarian di Malaysia dan Seni
Mempertahankan Diri sebagai gerak asas senamrobik yang dinamakan Senam Seni
Malaysia dengan menggunakan lagu-lagu Melayu Asli atau Muzik Irama Malaysia dan
pelbagai kaum sebagai muzik latar. Sehubungan dengan itu, satu gerakan Senam Seni
Malaysia telah dicipta pada Mei 2007 dengan kerjasama:
i) Istana Budaya
ii) Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan melalui Majlis Kecergasan
Kebangsaan (MKK / NFC)
iii) Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA)

Kesinambungan daripada itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mencadang
diadakan Program Senam Seni Malaysia bagi tujuan mewar-war dan memperkenalkan
kepada masyarakat umum kaedah baru penjagaan kesihatan melalui aktiviti senaman
yang menggabungkan senaman aerobik dan gerakan tarian. Adalah diharapkan program
penyemarakkan seni melalui senaman ini akan dapat dihayati oleh pelbagai lapisan
masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

OBJEKTIF
1. Menjadikan Senam Seni Malaysia sebagai salah satu aktiviti kecergasan senam robik
untuk menjalinkan kemesraan, persahabatan dan perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia.
2. Memperkenalkan gerak dalam tarian tradisional kaum-kaum utama Malaysia sebagai sebahagian daripada elemen senaman untuk kesihatan diri. Secara tidak langsung membuka minda masyarakat bahawa gerak tarian tradisional pelbagai kaum dan gerak Silat mampu disesuaikan dalam aktiviti kecergasan senam robik.
3. Memasukkan elemen seni budaya iaitu mengenengahkan muzik tradisional dan etnik Malaysia dalam aktiviti kecergasan senam robik Malaysia.

TEMA
“Kekal Sihat Ala Malaysia” / “Keep In Shape Malaysian Style”


STRATEGI PELAKSANAAN PELANCARAN
Penyertaan rakyat pelbagai kaum, pelbagai peringkat umur, peringkat latarbelakang di
dalam satu acara yang serentak dan senada seirama berdasarkan gerak-gerak irama
Malaysia.

KONSEP PELAKSANAAN PELANCARAN
Mengumpulkan seramai 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
dari pelbagai organisasi untuk turut serta di dalam satu aktiviti kecergasan senaman
berirama yang mengandungi elemen seni budaya pelbagai rentak tarian kaum-kaum
utama diMalaysia iaitu Inang, joget, Zapin, Cina, India, Sabah, Sarawak dan rentak Silat
dengan diiringi muzik Melayu Asli dan Irama Malaysia.

Penggunaan Ikon yang akan terdiri daripada personaliti terkenal bertujuan menarik khalayak dan sebagai mewakili generasi muda yang mengamalkan hidup yang sihat sambil menghayati seni budaya Malaysia. Selain itu, bilangan penyertaan seramai 10,000 orang akan dicatatkan dalam Malaysian Book of Record sebagai penyertaan program senaman paling ramai di Malaysia.

KONSEP KECERGASAN SENAM SENI MALAYSIA
Gerakan Senam Seni Malaysia telah dihasilkan dengan tempoh masa (duration) lebih
kurang 27 minit merangkumi gerakan dalam aspek berikut:
i) Pemanasan badan (warming-up)
ii) Regangan (Streching)
iii) Aktiviti Kardiovaskular (aerobik)
iv) Penyejukan badan (cooling-down)
v) Gerakan Singkat (holding step) – ruang rehat antara gerakan

SUSUNAN LANGKAH SENAM SENI MALAYSIA BIL PERKARA LAGU MASA
1. Memanaskan Badan
¨ Zapin
¨ Inang
¨ Joget
 Zapin Budi
 Joget Rentak 106 6 minit

2. Sesi Regangan
¨ Silat
 Muzik Silat 1 minit

3. Gerakan Singkat – Joget  Joget Malaysia 0.67 saat

4. Kariovaskular(Aerobik)
¨ Inang Masri
 Hati Kama 3.40 minit

5. Gerakan Singkat – Joget  Joget Malaysia 0.67 saat
6. Kariovaskular(Aerobik)
¨ Zapin Sarah
 Zapin Hanuman 2.32 minit

7. Gerakan Singkat – Joget  Joget Malaysia 0.67 saat

8. Kariovaskular(Aerobik)
¨ Asli Sewang
 Sewang 2.87 minit

9. Gerakan Singkat – Joget  Joget Malaysia 0.67 saat

10. Kariovaskular(Aerobik)
¨ Tarian India/Cina
 Jumbalaka 3.87 minit

11. Gerakan Singkat – Joget  Joget Malaysia 0.67 saat

12. Sesi Menyejukkan Badan
¨ Datun Julud
¨ Sumazau
¨ Mengiluk
¨ Gabungan Silat Cekak dan Tai Chi
 Sape Kame 4.32 minit

JUMLAH MASA 27 minit

PENGANJURAN
Program ini akan dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN),
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan Majlis Kecergasan
Kebangsaan (MKK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Le Tour De Langkawi.

PELAKSANAAN
Program akan diadakan seperti berikut:
Tarikh/Hari : 17 Februari 2008 /Ahad
Tempat : Dataran Merdeka
Masa : 6.00 pagi hingga 10.00 pagi


IKON SENAM SENI MALAYSIA
Ikon Senam Seni Malaysia akan dilantik secara rasmi. Mereka terdiri daripada:
·Syafinaz Selamat
·Awal Ashaari
·Kelvin Lau
·Kenchana Devi
Lantikan ini bertujuan untuk mendapatkan khalayak dari pelbagai kaum. Mereka juga
dipilih kerana mempunyai personaliti yang menarik dalam aspek kecergasan di samping
aktif dan muda walaupun ada yang telah berkeluarga.

PENGISIAN PROGRAM
Pengisian program yang dicadangkan untuk sepagi Bersenam Seni Malaysia:
1. Majlis Pelancaran Senam Seni Malaysia
2. Pameran dan jualan seperti:
· Booth jualan DVD Senam Seni KEKKWA
· Booth Sudut Kesihatan – BMI / Diet
· Booth FAMA – Smoothies Buah-buahan, diet sihat
· Booth Pusat Kecergasan

CADANGAN PESERTA
Cadangan Peserta yang akan terlibat adalah seramai 10,000 orang dari sekitar Lembah
Kelang (Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya)
daripada kumpulan berikut:

BIL KATEGORI
1. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
2. KEMENTERIAN / JABATAN KERAJAAN
3. SYARIKAT KERAJAAN / SWASTA / BERHAD
4. IPTA / IPTS / INSTITUT PERGURUAN / INSTITUT KEMAHIRAN / KOLEJ
5. PUSAT LATIHAN
6. MAKTAB/ SEKOLAH
7. BADAN BERUNIFORM
8. BAKAT
9. PARTI POLITIK
10. BADAN KEBAJIKAN / PERSATUAN / PERTUBUHAN
11. PERSATUAN PENDUDUK
12. INSTITUSI PERBANKAN
13. PENGGIAT SENI BUDAYA

JURULATIH
Jurulatih Senam Seni Malaysia untuk pelancaran adalah terdiri daripada:
· Jurulatih Utama
1. Encik Azman Abu Bakar (Koreografer Istana Budaya)
2. Encik Khalid Mohd Nor (Koreografer Istana Budaya)
3. Encik Nor Shaifulnizam Ramli (Artis Budaya JKKN Negeri Johor / Jurulatih J-Robik)
4. Encik Abdul Malik Abdul Majid (Jurulatih Kecergasan, MKK)
5. Puan Sharifah Hanim Syed Mustafa (Jurulatih Kecergasan, MKK)
6. Puan Adilla Idris (Jurulatih Kecergasan, MKK)

Untuk makluman, semua jurulatih terlibat adalah penyedia modul Senam Seni Malaysia yang telah dilaksanakan pada Mei 2007.
· Jurulatih Sokongan – TOT (Training of trainer) (25 orang)
· Jurulatih Kumpulan – TOT (Training of trainer) (100 orang)
Jurulatih yang terlibat dipanggil dari sekitar Lembah Kelang (Selangor, Negeri Sembilan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Melaka) dikumpul dan dilatih di
satu tempat. Pertambahan jurulatih akan dibuat mengikut keperluan.
Semua jurulatih yang dilantik akan dihantar ke sasaran kumpulan yang mempunyai
penyertaan lebih daripada 100 orang untuk latihan gerakan Senam Seni Malaysia.

L ATIHAN ( TRAINING OF TRAINER – TOT) JURULATIH UTAMA & IKON (Rakaman)
Lokasi : Istana Budaya
Tarikh : 23 & 24 Januari 2008 & 1 – 2 Februari 2008
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Jumlah Peserta : 30 orang

JURULATIH SOKONGAN
Lokasi : Wisma Belia, Jalan Syed Putra
Tarikh : 3 – 5 Februari 2008
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Jumlah Peserta : 100 orang

JURULATIH KUMPULAN
Lokasi : Tempat masing-masing
Tarikh : sejurus selepas TOT di buat
Masa : 3 kali latihan

PENGEDARAN DVD SENAM SENI MALAYSIA
BIL SENARAI PENERIMA
1. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
2. KEMENTERIAN / JABATAN KERAJAAN
3. SYARIKAT KERAJAAN / SWASTA / BERHAD
4. IPTA / IPTS / INSTITUT PERGURUAN / INSTITUT KEMAHIRAN / KOLEJ
5. PUSAT LATIHAN
6. MAKTAB/ SEKOLAH
7. BADAN BERUNIFORM
8. BAKAT
9. PARTI POLITIK
10. BADAN KEBAJIKAN / PERSATUAN / PERTUBUHAN
11. PERSATUAN PENDUDUK
12. INSTITUSI PERBANKAN
13. PENGGIAT SENI BUDAYA

Aturcara Harian Program
Pelancaran Senam Seni Malaysia 2008 Dataran Merdeka
15 – 17 Februari 2008

15 Februari 2008 (Jumaat)
6.00 petang – 12.00 tgh malam : Persiapan tempat, pentas dan Teknikal serta khemah

16 Februari 2008 (Sabtu)
10.00 pagi – 10.00 malam : - Raptai Teknikal - Raptai Majlis Pelancaran - Pameran dan jualan

17 Februari 2008 (Ahad)
Aturcara Majlis
6.00 pagi : Pendaftaran peserta dan Sarapan pagi
7.00 pagi : Sesi Regangan
7.30 pagi : Ketibaan YB Menteri KEKKWA dan Isteri
7.35 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat dan Isteri
7.40 pagi : Nyanyian Lagu NEGARAKU
7.45 pagi : Ucapan YB Menteri KEKKWA
7.55 pagi : Ucapan Tetamu Kehormat
8.05 pagi : Acara Pelancaran (Gimik)
8.10 pagi : Senam Seni Malaysia
8.45 pagi : Penyampaian DVD Senam Seni
9.00 pagi : Jamuan Minum Pagi dan Sidang Media
9.30 pagi : Bersurai

Pameran dan jualan akan dilaksanakan bersama dengan Le Tour De Langkawi.

Makumat lanjut sila hubungi:
Unit Perhubungan dan Pemasaran
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA)

TEL : 03-2612 7600 samb. 655 / 642 / 459 / 463 / 462
FAKS : 03-2693 0661
E-MEL : ein@heritage.gov.my / kebudayaan@heritage.gov.my

LAMAN WEB : www.heritage.gov.my Kemaskini: 30 Januari 2008

ihsan:
mona/zairol

Sunday, February 3, 2008

Meraikan Anak Yatim






Pada hari Ahad, 27 Januari 2008 lalu, Persatuan Anak-Anak Merdeka telah meraikan anak-anak yatim dari Rumah Titian Kasih. Anak-anak ini diraikan di Memorial Tunku Abdul Rahman, melawat bahan-bahan yang dipamerkan, menyertai kuiz dan seterusnya diraikan dengan sedikit jamuan makan tengah hari.

Jelas terpapar di wajah-wajah mereka kegembiraan dan keceriaan kerana diberi peluang sebegini...

Anak Merdeka

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat untuk semua Anak-anak Merdeka khasnya di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Alhamdulillah, Dia memberi izinNya untuk saya mewujudkan laman blog ini, khusus untuk kita...Anak-anak Merdeka saling berinteraksi, bertukar-tukar idea dan maklumat. Please do feel free to send any comments, ideas and anything for our own good..

ikhlas:
zairol66